Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik
Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik

Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik

Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (Bahasa Inggeris: Asia-Pacific Broadcasting Union, ABU) ialah sebuah persatuan pertubuhan-pertubuhan penyiaran yang tanpa untung dan profesional yang ditubuhkan pada 1964. ABU kini mempunyai lebih 170 ahli di 53 negara dan rantau, iaitu mampu mencapai sebanyak kira-kira 3 juta orang penonton. Peranannya adalah untuk membantu pembangunan penyiaran di rantau Asia Pasifik dan mempromosikan kepentingan bersama ahli-ahlinya. Liputan ABU dari Turki di barat ke Samoa di timur, dan dari Rusia di utara ke New Zealand di selatan. Sekretariatnya terletak di Angkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia.Salah satu kegiatan utama ABU ialah Asiavision, iaitu pertukaran berita harian melalui satelit antara stesen televisyen di 16 buah negara di Asia. ABU juga merundingkan hak-hak liputan untuk acara-acara sukan utama bagi pihak ahli-ahlinya secara keseluruhannya, serta menjalankan pelbagai kegiatan dalam bidang-bidang program dan teknikal.ABU menyediakan satu forum untuk mempromosikan kepentingan bersama penyiar-penyiar televisyen dan radio, serta menggalakkan kerjasama serantau dan antarabangsa antara penyiar-penyiar.Ahli-ahli penuhnya mestilah berupa perkhidmatan penyiaran seluruh negara bebas ke udara di rantau Asia Pasifik, namun ada juga satu kategori keahlian bersekutu yang terbuka kepada penyiar wilayah, penyiar langganan dan penyiar seluruh negara di luar rantau tersebut, serta satu kategori gabungan yang terbuka kepada pertubuhan-pertubuhan yang berhubungan dengan penyiaran dan berhasrat untuk bersekutu dengan ABU.